Sejarah .MY Kami
Dari "zero" ke "hero"
'Pokkob' sejarah kejayaan tanpa jenama yang dilupakan. Kami bermula sebagai pengusaha pembuatan gula nyior (kelantan: nise') sejak bermula 1990-an lagi sebagai punca utama pendapatan keluarga. Melalui usaha sendiri, pasaran nise' tanpa diletakkan 'branding' ini dijual secara tradisional/ offline dan cukup terkenal dengan panggilan "nise' pokkob" kepada jiran terdekat, pembeli perseorangan yang datang ke premis pembuatan, peniaga kecil makanan dan seterusnya kedai-kedai runcit dan peniaga pasar di sekitar pekan/ pasar Gunong, Jelawat dan Pasir Puteh Kelantan. 'Nise pokkob' dikenali ramai kerana kualiti, rasanya yang manis asli serta keharuman alaminya daripada 100% air nira/ tuak kelapa yang dituai di kebun sendiri.
Kini setelah lebih 30 tahun berlalu dengan perubahan masa dan perkembangan teknologi, kami terus mengorak langkah mempelbagaikan kegiatan ekonomi tambahan dan berkecimpung lebih jauh dalam bidang keusahawanan desa dengan tertubuhnya pokkob niaga enterprise. Dengan laman web rasmi pokkobniaga.my melalui bantuan ilmu MYNIC, pokkob niaga semakin yakin dan teguh melangkah ke hadapan sebagai pengeluar, pembekal, pengedar dan peruncit dengan fokus utama kami memasarkan servis dan produk yang boleh memenuhi pasaran setempat, seterusnya negeri dan negara umumnya. Insyaallah,,